Webinar Kidsventure – Bijak Kewangan

24 Mei 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 23 Mei 2026, satu webinar dalam talian bertajuk Kidsventure: Bijak Kewangan telah dilaksanakan di NADI Felcra Sungai Ara dengan penyertaan pelajar sekolah rendah. Program ini dianjurkan bagi memberi pendedahan awal kepada peserta mengenai kepentingan pengurusan kewangan secara bijak dan teratur sejak usia muda.

Sepanjang webinar berlangsung, para peserta telah didedahkan dengan pelbagai ilmu berkaitan asas kewangan seperti cara menyimpan wang, merancang perbelanjaan, membezakan keperluan dan kehendak serta kepentingan menabung untuk masa hadapan. Penyampaian yang interaktif dan mudah difahami berjaya menarik minat peserta untuk lebih memahami pengurusan kewangan dalam kehidupan harian.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali